Hit Counter: 22,295,209
Newsletter:
Subscribe To Our Maillist
Email :


Jemputan ke Majlis Penyampaian Anugerah Kualiti Industri Negeri Johor

REG 406/4/5-1

 
 

14 Februari 2005

 

Encik Teh Kee Sin

Presiden

Persatuan Pengusaha Industri Kecil dan Sederhana

Johor Selatan     

No. 10 A, Jalan Molek 2/1

Taman Molek

81100 Johor Bahru                 

 

 

 

Tuan,

 

Jemputan ke Majlis Penyampaian Anugerah Kualiti Industri Negeri Johor

 

Sukacitanya dimaklumkan bahawa satu majlis Penyampaian Anugerah Kualiti Industri Negeri Johor AKINJ akan diadakan pada 22 Mac 2005, bertempat di Hotel Eden Garden, Johor Bahru bermula jam 10.00 pagi – 1.00 petang.  Majlis akan disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Haji Abdul Ghani Othman.

 

Dengan besar hati, kami ingin menjemput ahli-ahli dari organisasi YB/Tuan untuk menghadiri majlis tersebut, dengan setiap syarikat dibenarkan menghantar tiga orang wakil yang terdiri dari Pengarah Urusan, Pengurus QA dan Pengurus Kilang ataupun pegawai yang berkenaan.  Untuk menyelaraskan jemputan ini, diharap ahli-ahli yang berminat mengisikan borang berlampir dan dihantar terus kepada sekretariat kami.  Tiada bayaran dikenakan.

 

Kerjasama dari tuan untuk menghebahkan perkara ini kepada ahli-ahli amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Yang ikhlas,

 

 

ZULKEFLY BIN SONGIP

Pengurus Wilayah

SIRIM Berhad Wilayah Selatan

@  Pengerusi Bersama AKINJ

 

s.k. Yang Berhormat Encik Tan Kok Hong 
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri,Tenaga, Air dan Komunikasi Negeri Johor

 

 

 

Program

Majlis Penyampaian Anugerah Kualiti Industri Negeri Johor

22 Mac 2005

Hotel Eden Garden , Johor Bahru

 

10.00  pg

 

Pameran oleh Jabatan dan Agensi Kerajaan

 

10.00 pg

Ketibaan dif-dif jemputan

(Dif-dif jemputan akan menikmati ‘welcome drinks’ dan berinteraksi )

 

11.00 pg

Ketibaan Y.A.B. Menteri Besar Johor,Dato’ Haji Abdul Ghani Bin Othman

(Y.A.B Menteri Besar akan menikmati ‘welcome drink’ dan berinteraksi )

 

11.15 pg

Bacaan Doa

 

11.25 pg

Ucapan Y.B En. Tan Kok Hong,

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air dan Komunikasi Negeri Johor

 

11.40 pg

Ucapan Y.A.B. Dato’ Haji Abdul Ghani Bin Othman ,

Menteri Besar Johor

 

12.15 tgh

Penyampaian Sijil Penghargaan Kepada Panel Penyemak oleh Y.A.B. Dato’ Haji Abdul Ghani Bin Othman, Menteri Besar Johor

 

12.30 tgh

Pengumuman Pemenang Anugerah Kualiti Industri Negeri Johor 2003/2004

 

1.00 ptg

Makan Tengahari

 

 



BORANG JAWAPAN

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KUALITI INDUSTRI NEGERI JOHOR

22 MAC 2005 (10.00 pagi – 1 petang)

HOTEL EDEN GARDEN , JOHOR BAHRU

 

Berikut adalah nama-nama pegawai yang akan menghadiri majlis yang tersebut di atas:

 

1.  Nama :  …………………………………     Jawatan:  ………………………

 

2.  Nama :  ……………………………………  Jawatan: ………………………

 

3.  Nama : ……………………………………     Jawatan: ………………………

 

Nama dan Alamat Syarikat berserta nombor telefon dan fax  :







Pegawai untuk dihubungi :   ……………………………………………

(sekiranya perlu dihubungi mengenai perkara ini.)

 

109523185540.gif114415112723.gif113603093720.gif113104162803.gif109523185719.gif112730114539.gif111622114032.gif116608155242.gif